GURU DAN CABARAN SEMASA
-
http://www.slideshare.net/Syahir89/tekanan-emosi-dalam-kalangan-guru
-
Pro Forma Kursus Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pengajian Profesional) Nama Kursus Guru dan ...
-
Pengenalan Menurut (Saunders, 1998), s tress is an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an internal f...
-
Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan http://sharimi.wordpress.com/2010/01/28/cara-cara-mengatasi-stress/ Tekanan atau stress ...
-
https://www.youtube.com/watch?v=2c6WYTJvzXA
-
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203109_Guru%20dan%20Cabaran%20Semasa/09_EDU3109_Guru%20Dan%20Cabaran%20Semasa/BAB%206_PENGURUSAN%20IN...
-
http://www.slideshare.net/sakuragi/inovasi-dan-perubahan-dalam-pendidikan-edu-3109
Wednesday, 11 March 2015
ProForma EDU 3093
Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian
(Pengajian Profesional)
Nama Kursus
|
Guru dan
Cabaran Semasa
(Teacher and Current Challenges)
|
||
Kod Kursus
|
EDU
3109
|
||
Kredit
|
3 (3+0)
|
||
Jam Kontak
|
45 jam
|
||
Bahasa Pengantar
|
Bahasa Melayu/Bahasa
Inggeris
|
||
Prasyarat
|
Tiada
|
||
Semester
|
Pertama/Kedua
|
||
Hasil Pembelajaran
|
|
||
Sinopsis
|
Kursus ini
membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran
semasa; tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru
serta cara-cara menanganinya;
inovasi dalam pendidikan serta pengurusan perubahan.
This
course discusses educational issues and current challenges; early symptoms of
emotional disturbances amongst students;
teachers and ways to overcome; innovation and managing educational
changes.
|
||
Tajuk
|
Kandungan
|
Jam
|
|
1.
|
Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa
·
Integrasi nasional
·
Pendemokrasian pendidikan
·
Tonggak pendidikan UNESCO
·
Globalisasi dalam pendidikan
·
Kepelbagaian budaya
·
Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
·
Gejala sosial
|
12
|
|
2.
|
Guru Dan Perundangan
·
Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)
1993 (Pindaan 2002)
·
Akta Pendidikan 1996
|
5
|
|
3.
|
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid
·
Tanda-tanda awal gangguan emosi
·
Langkah-langkah menangani gangguan emosi
·
Hak asasi kanak-kanak
|
7
|
|
4.
|
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
·
Stres
·
Burn out
·
Langkah-langkah pengurusan tekanan emosi
|
7
|
|
5.
|
Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan
·
Strategi pengajaran inovatif
·
Penggunaan teknologi dalam pengajaran
·
Perkembangan persekitaran pembelajaran
·
Reka bentuk resos
·
Reka bentuk pentaksiran dan penilaian
|
8
|
|
6.
|
Pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan
·
Strategi pengurusan inovasi dan perubahan
·
Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan
·
Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia
|
6
|
|
JUMLAH
|
45
|
||
Pentaksiran
|
Kerja Kursus 50%
Peperiksaan
50%
|
Rujukan Asas
|
Fullan,M.(2003).Managing change:With a vengeance.
Fullan.M.(2005).Fundamental
change:International
handbook of educational change. Springer.
Kozma,R.B.(2003). Technology,innovation
and educational
change: A global perspective.USA:ISTE.
|
Rujukan Tambahan
|
Altricher,H. & Elliot,J.(2000).Images
of educational change.
Buckingham:Open University Press.
Fullan,M.(2001) The meaning
of educational change.(3rd
ed.) New York:
Hoban,G.J.(2002).Teaching
learning for educational
change. Buckingham:Open University Press.
Liz Ozman Wan Oman.(2000).Mengurus
agenda abad 21:
Cabaran dan
persiapan diri dalam era globalisasi.Kuala
Lumpur:Golden
Books Centre.
Shahril@Charil Marenki.(1999).Isu pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan cabaran.Kuala
Lumpur:Utusan.
Universiti
Kebangsaan Malaysia.(2000).Globalisasi:Implikasi dan cabaran.Bangi:Fakulti
Sains
Pembangunan.
Zaid Ahmad et
al.(2006).Hubungan etnik di Malaysia.
Shah Alam.Oxford Fajar Adn Bhd. |
Kesan stres kepada sekolah dan guru serta cara-cara menangani
Pengenalan
Menurut (Saunders, 1998), stress is
an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an
internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To Manage
Stress And Take Control Of Your Life)
Stres
seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana
namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh
menyumbang ke arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih
untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada
stres supaya tidak terdedah dengan kesan – kesan negatif stres.
1.0 Kesan Stres kepada
Sesebuah Sekolah
Kesan stres boleh dibahagikan kepada
beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa, dan budaya
sekolah. Kesan stres kepada murid
ialah boleh menyebabkan guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional
terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa – bawa masalah keluarga yang
menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya, muridlah
yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang
stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan
kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.
Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan
psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak
menunjukkan sebarang petanda’. Sekiranya
guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi suram dan tidak
ceria. Kesannya adalah terhadap murid – murid yang tidak dapat belajar dalam
suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka.
Murid yang datang ke sekolah untuk
belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru akhirnya perlu berhadapan dengan
kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar dengan suasana tenang dan
berkesan. Selain membantutkan mood murid
untuk belajar, murid juga akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif
terhadap guru tersebut dan menggambarkan personaliti guru dalam diri murid
setiap kali masuk ke dalam kelas.
Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. (Mohan, 1997) dalam bukunya, Stress
Management For You, menyatakan bahawa ..you
will antagonize those in your home, office and social circles. You will draw
them into your personal circle of stress.
Tekanan yang wujud dalam diri guru
sendiri akan membawa impak yang negatif terhadap pelbagai pihak termasuklah
rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah masam pada rakan sejawat yang
bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana akan menjadi muram dan
mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru tersebut tidak
berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang
dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan
normal. Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan
hubungan yang kurang enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi.
Antara lain kesan tekanan terhadap
rakan sekerja ialah menjadikan kerja berkumpulan kurang bermutu. Dalam situasi
pelaksanaan kerja secara berkumpulan iaitu panitia contohnya, guru yang stres
lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil yang terbaik kerana tekanan yang
dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung akan menurunkan kualiti kerja
panitia dan menyebabkan bukan sahaja guru tersebut yang dikritik, malahan rakan
sejawat lain yang berada dalam satu pasukan yang sama juga akan turut dikritik
kerana mereka berada dalam satu organisasi yang sama.
Kesan
stres yang berikutnya
adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005) dalam buku Mengurus Stres
menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak dapat dikurangkan,
seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat keputusan atau berfikir,
serta mudah melenting apabila menerima kritikan.’ Dalam realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada berlakunya
sedikit salah faham antara pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid
pulang ke rumah dan mengadu bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberikan. Ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan
hanya mendengar aduan anak secara membuta tuli pastinya akan meletakkan
kesalahan sepenuhnya di atas bahu guru. Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah
dan membuat aduan tentang guru tersebut kepada pihak pentadbir.
Guru yang stres akan mudah melenting
dan sukar menerima kritikan yang dihadapkan kepadanya, lebih – lebih lagi jika
kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang rasional untuk dipersoalkan
terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan hubungan mesra yang
seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan terhadap guru yang
sepatutnya subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang dihadapi oleh guru
tersebut tidak membolehkannya untuk menjelaskan perkara sebenar dengan
rasional.
Seandainya guru menunjukkan respon
yang negatif iaitu tidak cuba bersabar dengan situasi dimarahi ibu bapa,
tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan terbina dan mungkin akan
disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan menjejaskan pandangan
masyarakat luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan memudarkan kepercayaan
yang telah sedia wujud sekian lama. Masyarakat luar yang tidak tahu perkara
sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh khabar angin tanpa mencuba meneliti
terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya. Kesannya, kesalahan diletakkan
di atas bahu guru seratus peratus dan tanggapan negatif terhadap kerjaya guru
terus berleluasa.
Pentadbir juga merupakan antara pihak yang
terkesan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru. Menurut (Straw, 1993), stress will lesson your satisfaction with work and lesson your
performance. Seandainya guru tertekan, sehingga terbawa –bawa ke dalam ke
tempat kerja, tekanan tersebut mungkin akan mempengaruhi mutu peribadi dan
pekerjaannya sebagai orang bawahan pentadbir.
Tugasan yang diberikan oleh guru besar
tidak dapat disiapkan dengan baik, dan kerja –kerja lain juga terbengkalai
kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional memisahkan bidang
tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang kurang
memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif pentadbir
kepada guru itu sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut kritirea
yang ditetapkan. Situasi sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak
pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut sendiri, antaranya mungkin perlu
menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke dalam fail prestasi, dan
secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok daripada pihak
pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu.
Kesan
stres yang terakhir
adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya,
budaya sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mento dan mentee iaitu
antara guru dan murid darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau
luar akademik. Namun, guru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut
sebagai guru permulaan merasakan bahawa dia kurang keyakinan untuk menjadi mento seperti yang diamanahkan.
Hal ini adalah rentetan daripada sifat
kurang keyakinan diri yang berlarutan sehingga menjadi tekanan dalam diri guru
tersebut. Menurut penulisan (Brecht) dalam bab lack of achievement, ‘a vicious cycle is a set up of ‘I can’t achieve,
which adds more fuel to the fire – see, I knew I couldn’t do it’. Bab ini
menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan bahawa dia tidak boleh
melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga akan menjadi
negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut.
Akibatnya, budaya sekolah cemerlang
yang lazimnya mempunyai program mento
mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan
mudah tertekan tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang
diberikan.
2.0 Cara yang Berkesan
untuk Menangani Stres dalam Kalangan Guru
Cara mengatasi stres yang pertama
adalah dengan mengaturkan masa dengan
teliti. (Tuskan, 2002) dalam buku
karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan
bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan
matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang
guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu
dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru
perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing –
masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh
seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1
hari sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah
murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar
masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu
dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak
ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru stres.
Cara mengatasi stres yang seterusnya
ialah dengan cuba untuk sentiasa
bertenang. (Kenton,1988) menyatakan ‘relaxation
is also the most important key to mitigating the damaging effects of long –
term stress..’. Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap
individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang
bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.
Contohnya pada situasi guru dengan ibu
bapa seperti yang dibincangkan di atas, sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan
perasaan marah dan mengawal tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa
mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal yang sebaliknya berlaku apabila guru
tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan
yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki hubungan
yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati
perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri
berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang
menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan
cara mengelakkan diri daripada perkara
yang boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau mengetepikan punca – punca
tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan secara bersama antara
pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya
guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak
berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan
tugas, guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan
setakat mana kemampuan dirinya.
Jika guru hanya menerima segala
bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan
dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana
ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya,
bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik
antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana
diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati
kerana tidak mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu
mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama
ada mampu dicapai atau tidak.
(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload
may exist only in some departments and this require narrower solution such as
redesign of the way a job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa
adakalanya stres juga berpunca daripada lebihan kerja yang diberikan oleh
organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk
setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran
setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing – masing. Jika guru
diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan
timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.
Cara
mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak
mencampuradukkan urusan peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah
berumahtangga akan terbawa- bawa masalah mereka sehingga ke sekolah. Contohnya
amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di rumah berlarutan sehingga ke
bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah mesra takut
untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan
bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya
meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan
hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan
berpunca daripada masalah lain tidak
seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.
Guru
perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza yang
perlu diasingkan jika timbul apa- apa
permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan keperluan kedua – dua aspek
ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun, jika ada perkara
baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah
dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara
tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan ceria.
Selain
itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin
terhadap kebolehan diri sendiri.
(Mohan, 1997) most stress is
experienced only because of our imagined fears. Fears triggered off by external
factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control
our fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan melalui
pernyataan ini bahawa untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut
pada cabaran yang terbentang di hadapan mata.
Misalnya
jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sesebuah
program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri
sendiri akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut
tidak membiarkan perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya.
Seorang guru yang berkualiti tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir,
atau cemerlang sekalipun, seharusnya bersedia dengan apa jua tugasan baru yang
mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri ke satu tahap yang lebih baik.
Justeru,
perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha
menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif
dengan menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan
sebagai medium untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke
peringkat yang lebih baik. Jika guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan
tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka kemungkinan besar kualiti diri
tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri sendiri.
Kesimpulan
Secara
keseluruhannya, stres atau tekanan
sememangnya akan wujud dalam diri setiap individu sama ada guru, doktor, peguam
atau lain- lain profesion. Namun, cara menangani stres tersebutlah yang
membezakan impak stres terhadap diri masing- masing. Guru yang bijak dan
profesional adalah guru yang mengambil peluang atas tekanan yang dihadapi
dengan menjadikannya sebagai sesuatu yang positif.
Misalnya, tekanan akibat terlalu
banyak kerja mampu mendorong guru untuk bertindak secara positif atau negatif.
Jika diambil tekanan secara positif, guru akan bertindak menyiapkan kerja satu
persatu mengikut keutamaan. Sebaliknya jika diambil secara negatif, timbunan
kerja tersebut akan menambahkan lagi tekanan guru hanya mengakibatkan guru
mengeluh dan berasa tidak mampu untuk menyiapkan kerja- kerja tersebut.
Akibatnya, tekanan semakin bertambah kerana tiada satu kerja pun berjaya
diselesaikan dan bakal menimbulkan tekanan lain di tempat kerja kerana tidak
menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan. Akhir kalam, saya menyeru diri
saya sendiri sebagai seorang bakal guru untuk melihat dan mengambil tekanan
daripada sudut yang positif dan berusaha mempertingkatkan diri ke arah yang
lebih baik, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)