GURU DAN CABARAN SEMASA

Thursday, 12 March 2015

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan
http://sharimi.wordpress.com/2010/01/28/cara-cara-mengatasi-stress/
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006
***************************************************************
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.
Langkah

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.


Wednesday, 11 March 2015

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203109_Guru%20dan%20Cabaran%20Semasa/09_EDU3109_Guru%20Dan%20Cabaran%20Semasa/BAB%206_PENGURUSAN%20INOVASI%20DAN%20PERUBAHAN%20%20PENDIDIKAN.pdf
http://www.slideshare.net/sakuragi/inovasi-dan-perubahan-dalam-pendidikan-edu-3109

CARA MENANGANI STRES


LANGKAH MENANGANI GANGGUAN EMOSI MURID


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL


BUKTI STRES GURU


tekanan emosi dalam kalangan guru

http://www.slideshare.net/Syahir89/tekanan-emosi-dalam-kalangan-guru

ProForma EDU 3093

Pro Forma Kursus

Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pengajian Profesional)



Nama Kursus
Guru dan Cabaran Semasa
(Teacher and Current Challenges)

Kod Kursus 
EDU 3109

Kredit            
3 (3+0)

Jam Kontak
45 jam

Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Prasyarat    
Tiada

Semester       
Pertama/Kedua

Hasil Pembelajaran          
  1. Mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru.
  2. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran semasa.
  3. Mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya.
  4. Mengenal pasti tekanan emosi guru serta langkah menanganinya.
  5. Menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan  dalam bidang pendidikan.
  6. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus  perubahan.

Sinopsis         
Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran  semasa; tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru serta cara-cara menanganinya;
inovasi dalam pendidikan  serta pengurusan perubahan. 

This course discusses educational issues and current challenges; early symptoms of emotional disturbances amongst students;  teachers and ways to overcome; innovation and managing educational changes.

Tajuk
Kandungan
Jam
1.
Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa
·         Integrasi nasional
·         Pendemokrasian pendidikan
·         Tonggak pendidikan UNESCO
·         Globalisasi dalam pendidikan
·         Kepelbagaian budaya
·         Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·         Gejala sosial
12
2.

Guru Dan Perundangan
·         Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
·         Akta Pendidikan 1996
5
3.
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid
·         Tanda-tanda awal gangguan emosi
·         Langkah-langkah menangani gangguan emosi
·         Hak asasi kanak-kanak
7
4.
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
·         Stres
·         Burn out
·         Langkah-langkah pengurusan tekanan emosi
7

5.
Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan
·         Strategi pengajaran inovatif
·         Penggunaan teknologi dalam pengajaran
·         Perkembangan persekitaran pembelajaran
·         Reka bentuk resos
·         Reka bentuk pentaksiran dan penilaian
8
6.
Pengurusan Inovasi Dan Perubahan  Pendidikan
·     Strategi pengurusan inovasi dan perubahan
·     Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan
·     Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia

6

JUMLAH
45


Pentaksiran    
Kerja Kursus                                                                    50%
Peperiksaan                                                                     50%

Rujukan Asas
Fullan,M.(2003).Managing  change:With a vengeance. London: Falmer Press/Routledge.

Fullan.M.(2005).Fundamental change:International
 handbook of educational change.
Springer.

Kozma,R.B.(2003). Technology,innovation and educational
       change: A global perspective.USA:ISTE.

Rujukan Tambahan


Altricher,H. & Elliot,J.(2000).Images of educational change.
       Buckingham:Open University Press.

Fullan,M.(2001) The meaning of  educational change.(3rd ed.) New  York:Teacher College Press.

Hoban,G.J.(2002).Teaching learning for educational
 change.
Buckingham:Open University Press.

Liz Ozman Wan Oman.(2000).Mengurus agenda abad 21:
       Cabaran dan persiapan diri dalam era globalisasi.Kuala
       Lumpur:Golden Books Centre.

Shahril@Charil Marenki.(1999).Isu pendidikan di Malaysia:
       Sorotan dan cabaran.Kuala Lumpur:Utusan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.(2000).Globalisasi:Implikasi dan cabaran.Bangi:Fakulti Sains
Pembangunan.

Zaid Ahmad et al.(2006).Hubungan etnik di Malaysia.
Shah Alam.Oxford Fajar Adn Bhd.




https://www.youtube.com/watch?v=2c6WYTJvzXA

https://www.youtube.com/watch?v=4F9qN47k0Sw

Kesan stres kepada sekolah dan guru serta cara-cara menangani

Pengenalan
Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To Manage Stress And Take Control Of Your Life)

            Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah dengan kesan – kesan negatif stres.

1.0 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah
Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid ialah boleh menyebabkan guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa – bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya, muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.
Menurut  (Marzuki, 2007)  dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan sebarang petanda’. Sekiranya guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi suram dan tidak ceria. Kesannya adalah terhadap murid – murid yang tidak dapat belajar dalam suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka.
Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar dengan suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan mood murid untuk belajar, murid juga akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif terhadap guru tersebut dan menggambarkan personaliti guru dalam diri murid setiap kali masuk ke dalam kelas.  
Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. (Mohan, 1997) dalam bukunya, Stress Management For You, menyatakan bahawa ..you will antagonize those in your home, office and social circles. You will draw them into your personal circle of stress.
Tekanan yang wujud dalam diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif terhadap pelbagai pihak termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah masam pada rakan sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana akan menjadi muram dan mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru tersebut tidak berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan normal. Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan hubungan yang kurang enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi.
Antara lain kesan tekanan terhadap rakan sekerja ialah menjadikan kerja berkumpulan kurang bermutu. Dalam situasi pelaksanaan kerja secara berkumpulan iaitu panitia contohnya, guru yang stres lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil yang terbaik kerana tekanan yang dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung akan menurunkan kualiti kerja panitia dan menyebabkan bukan sahaja guru tersebut yang dikritik, malahan rakan sejawat lain yang berada dalam satu pasukan yang sama juga akan turut dikritik kerana mereka berada dalam satu organisasi yang sama.
Kesan stres yang berikutnya adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005) dalam buku Mengurus Stres menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak dapat dikurangkan, seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat keputusan atau berfikir, serta mudah melenting apabila menerima kritikan.’ Dalam realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada berlakunya sedikit salah faham antara pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid pulang ke rumah dan mengadu bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan hanya mendengar aduan anak secara membuta tuli pastinya akan meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu guru. Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah dan membuat aduan tentang guru tersebut kepada pihak pentadbir.


Guru yang stres akan mudah melenting dan sukar menerima kritikan yang dihadapkan kepadanya, lebih – lebih lagi jika kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang rasional untuk dipersoalkan terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan hubungan mesra yang seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan terhadap guru yang sepatutnya subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut tidak membolehkannya untuk menjelaskan perkara sebenar dengan rasional.
Seandainya guru menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak cuba bersabar dengan situasi dimarahi ibu bapa, tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan terbina dan mungkin akan disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan memudarkan kepercayaan yang telah sedia wujud sekian lama. Masyarakat luar yang tidak tahu perkara sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh khabar angin tanpa mencuba meneliti terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya. Kesannya, kesalahan diletakkan di atas bahu guru seratus peratus dan tanggapan negatif terhadap kerjaya guru terus berleluasa.
Pentadbir juga merupakan antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru. Menurut (Straw, 1993), stress will lesson your satisfaction with work and lesson your performance. Seandainya guru tertekan, sehingga terbawa –bawa ke dalam ke tempat kerja, tekanan tersebut mungkin akan mempengaruhi mutu peribadi dan pekerjaannya sebagai orang bawahan pentadbir.
Tugasan yang diberikan oleh guru besar tidak dapat disiapkan dengan baik, dan kerja –kerja lain juga terbengkalai kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional memisahkan bidang tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang kurang memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif pentadbir kepada guru itu sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut kritirea yang ditetapkan. Situasi sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut sendiri, antaranya mungkin perlu menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke dalam fail prestasi, dan secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok daripada pihak pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu.


Kesan stres yang terakhir adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya, budaya sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mento dan mentee iaitu antara guru dan murid darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau luar akademik. Namun, guru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut sebagai guru permulaan merasakan bahawa dia kurang keyakinan untuk menjadi mento seperti yang diamanahkan.
Hal ini adalah rentetan daripada sifat kurang keyakinan diri yang berlarutan sehingga menjadi tekanan dalam diri guru tersebut. Menurut penulisan (Brecht) dalam bab lack of achievement, ‘a vicious cycle is a set up of ‘I can’t achieve, which adds more fuel to the fire – see, I knew I couldn’t do it’. Bab ini menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga akan menjadi negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut.
Akibatnya, budaya sekolah cemerlang yang lazimnya mempunyai program mento mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan mudah tertekan tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang diberikan.

2.0 Cara yang Berkesan untuk Menangani Stres dalam Kalangan Guru
Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti.  (Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing – masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru stres.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang. (Kenton,1988) menyatakan ‘relaxation is also the most important key to mitigating the damaging effects of long – term stress..’. Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.
Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas, sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau mengetepikan punca – punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.
Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.
(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca daripada lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing – masing. Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.
            Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca  daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.
            Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa  permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan keperluan kedua – dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun, jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan ceria.
            Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri.  (Mohan, 1997) most stress is experienced only because of our imagined fears. Fears triggered off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control our fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan melalui pernyataan ini bahawa untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut pada cabaran yang terbentang di hadapan mata.
            Misalnya jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sesebuah program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri sendiri akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut tidak membiarkan perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya. Seorang guru yang berkualiti tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri ke satu tahap yang lebih baik.
            Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri sendiri.
Kesimpulan
            Secara keseluruhannya, stres atau  tekanan sememangnya akan wujud dalam diri setiap individu sama ada guru, doktor, peguam atau lain- lain profesion. Namun, cara menangani stres tersebutlah yang membezakan impak stres terhadap diri masing- masing. Guru yang bijak dan profesional adalah guru yang mengambil peluang atas tekanan yang dihadapi dengan menjadikannya sebagai sesuatu yang positif.
Misalnya, tekanan akibat terlalu banyak kerja mampu mendorong guru untuk bertindak secara positif atau negatif. Jika diambil tekanan secara positif, guru akan bertindak menyiapkan kerja satu persatu mengikut keutamaan. Sebaliknya jika diambil secara negatif, timbunan kerja tersebut akan menambahkan lagi tekanan guru hanya mengakibatkan guru mengeluh dan berasa tidak mampu untuk menyiapkan kerja- kerja tersebut. Akibatnya, tekanan semakin bertambah kerana tiada satu kerja pun berjaya diselesaikan dan bakal menimbulkan tekanan lain di tempat kerja kerana tidak menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan. Akhir kalam, saya menyeru diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru untuk melihat dan mengambil tekanan daripada sudut yang positif dan berusaha mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik, insyaAllah.